latarbelakang organisasi
Institut Pengurusan Melaka (IMM) merupakan gagasan ilham kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka untuk melahirkan lebih ramai lagi pegawai kerajaan, golongan usahawan, ahli perniagaan, ahli korporat, industrialis dan pemimpin masyarakat yang berwibawa. Ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 6 Februari 1993 dan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dahulunya dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka dan kini Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


IMM mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam program yang merangkumi bidang:
• Pengurusan Profesional
• Pengurusan Kewangan
• Pentadbiran, Pengurusan dan Teknikal
• Teknologi Maklumat
• Komunikasi
• Kepimpinan
• Keusahawanan
• Program Untuk Pelajar atau Guru
visi imm
Untuk menjadi institut latihan dan pembangunan sumber manusia yang terunggul di Malaysia
misi imm
Membangunkan sumber manusia sektor awam, swasta dan anggota masyarakat melalui latihan yang berkualiti dan profesional.
slogan
Ilmu Menerajui Melaka