Kata-kata aluan Setiausaha Kerajaan |Kata-kata aluan Pengarah UPEN
kata-kata aluan ketua menteri
YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam
ICT merupakan elemen penting sebagai pemangkin misi Kerajaan Negeri untuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2010. Untuk itu, mewujudkan masyarakat yang berasaskan kepada pengetahuan atau Knowledge Based adalah perlu. Program Perintis Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka adalah fasa untuk menukar cara hidup masyarakat Negeri ini kepada “Knowledge Society” setelah fasa pembangunan Infrastruktur ICT berjaya dilaksanakan. Pengwujudan Inkubator K-Ekonomi yang menerajui 12 Flagship K-Society di bawahnya iaitu, e-kerajaan, e-Pelajaran, e-Dagang,
e-Belia, e-Masjid, e-Media, e-Komuniti, e-Pelancongan, e-Politik, e-Kesihatan, e-Sekuriti dan e-Wanita membuktikan kejayaan Kerajaan Negeri Melaka dalam membangunkan Infrastruktur ICT. Melalui Program Perintis ini, Kerajaan Negeri berharap Jurang Prasarana seperti Internet Jalur lebar dan juga jurang Minda seperti penggunaan aplikasi Internet untuk membayar bil dapat dirapatkan tak kira di bandar mahupun di desa.