Internet dan Broadband
Semasa Internet mula diperkenalkan, ia boleh dicapai daripada rumah-rumah dengan menggunakan alat yang dipanggil modem. Modem menyambungkan komputer ke Internet melalui talian telefon pada kelajuan yang agak rendah. Apabila modem digunakan maka talian telefon tertutup dan panggilan suara keluar dan masuk tidak boleh dibuat. Oleh itu, pengguna di rumah sering memasukkan satu lagi talian yang digunakan khusus untuk sambungan ke Internet.
Teknologi broadband yang digunakan kini dapat membantu mengatasi masalah ini dari segi kelajuan sambungan dan juga kebolehan menyambung ke Internet tanpa menggangu panggilan suara. Ini bermakna hanya satu sahaja talian telefon diperlukan untuk panggilan surara dan Internet. Oleh itu, teknologi broadband telah memberikan penjimatan yang berguna kepada pengguna di rumah-rumah.