Mengguna Internet Dengan Selamat
Internet boleh memudaratkan anda jika ia tidak diguna dengan berhati-hati. Berikut adalah tiga masalah utama yang boleh anda hadapi disepanjang mengguna Internet, ia itu:
- Bertemu orang yang anda tidak kenali.
Anda mungkin bertemu orang-orang yang anda tidak kenali jika anda menggunakan aplikasi chat dan instant messaging walaupun pada awalnya anda hanya bersembang (chat) dengan orang-orang yang anda kenali. Anda juga boleh dihubungi oleh orang-orang seperti ini melalui email yang anda perolehi seperti di Yahoo dan Gmail, atau melalui blog-blog yang anda tulis. JANGAN SEKALI-KALI MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA KEPADA ORANG-ORANG YANG ANDA TIDAK KENALI INI JIKA DIMINTA.
- Ancaman cecacing (worms), spyware dan virus computer
Cecacing, spyware dan virus boleh memasuki komputer anda ketika memasuki halaman-halaman web, atau melalui email. Ia boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada komputer anda. Jika anda menerima fail yang tidak dikehendaki melalui email maka eloklah ia tidak dibuka. Sebaik-baiknya anda hendaklah menggunakan perisian anti-virus seperti Avira, Norton Anti-Virus dan lain lain untuk melindungi computer anda daripada ancaman yang sedemikian.
- Promosi bahan-bahan lucah
Ada kalanya anda mungkin menerima promosi bahan-bahan lucah yang tidak diingini melalui email atau ketika melayari halaman web yang tertentu. Jika ini berlaku maka lapurkan kepada guru atau ibu-bapa serta penjaga anda.
Pautan
Watch Your Space: http://www.watchyourspace.ie/Default.aspx
Webwise: http://www.webwise.ie/index.aspx