Penggunaan Internet Selamat

Risiko Penggunaan Internet


Penggunaan Internet semakin hari semakin meluas dan menular di dalam kehidupan kita. Di dalam dunia yang semakin moden ini penggunaan Internet seperti tidak boleh dielakkan lagi. Internet bukan sahaja membolehkan kita melaksanakan berbagai aktiviti dengan paling berkesan tetapi ia juga menarik dan menghiburkan. Bagaimanapun, di sebalik semua kebaikan yang dikurniakan oleh Internet kepada kita, terdapat beberapa risiko yang perlu kita ketahui di dalam mengguna Internet.

Kumpulan yang paling berisiko tinggi di dalam penggunaan Internet adalah kanak-kanak. Oleh itu, adalah menjadi hasrat halaman ini untuk mendedahkan kepada semua pengguna Internet, terutamanya ibu bapa, supaya risiko dan bahaya mengguna Internet ini dapat dikawal dan ditangani dengan baik.